Resipi Buah rotan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • 50 sen bijan

Cara penyediaan

Gaulkan tepung pulut dengan telur dan gula. Masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam adunan sambil diuli hingga lembut. Ambil secubit adunan dan bulatkan. Golekkan ke dalam dulang berisi bijan. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana perlahan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai "kembang minyak".